Friday, 27 February 2015

Alisha Safiya akan jadi KAKAK

         Alhamdulillah rezeki ke2 dariNYa.
 
         30.01.2015 double line selepas lambat seminggu. Rezeki yang tidak disangka-sangka. tp bila fikir balik kesian kt Safiya sbb br 6 bulan. Perancangan nak tambah ahli keluarga tahun depan tapi Allah s.w.t bg rezeki awal. Dalam masa yang sama aku disahkan ada FIBROID 3 * 4 cm. Doc kte kita just pantau dan harap tak makin membesar. Hope kandungan boleh selamat sehingga due 1.10.2015.
 
        Alahan kurang sikit dari anak first. Kepenatan berganda sbb nk layan karenah Safiya yang terlebih-lebih manja lak sekarang.
 
      Dah boleh merangkak dah slow. Kadang2 paut kt meja nk berdiri. Cepatnya masa berlalu. Rindu plak ngan zaman baby dia dulu.
 
     Time tidur dah berubah. Masa 5 bulan pukul 7 dah meragam nk tidur. Sekarang 7 bulan kul 10 pun tak nak tido lg. Huhu. Penatnya mama layan karenah adik. Adik? wt ms ni. Pas ni dh kena panggil kakak dah :)
 
    
ALISHA SAFIYA 6 MONTHS
 
 
 


Wednesday, 26 November 2014

22/11/2014 dan Pucuk Jering

               Pucuk jering org kte leh wat ulam tp aku tak pasti ade ke org mkn. Pucuk2 ni kt kg senanglah nk cari tp bila kt bandr nk2 lak kwsan perumahan mmg susah lerrrr. Kalau daun serai kayu senang nk dpt kt umah ni. Sbb pucuk dia org wt ulam. Bila Pya demam mmg g beli kedai utk rendam dlm air bg basahkan kepala dia. Mlm ma kte guna asam jawa letak beras sket.Cpt redakan panas demam tu.
 
         Al kIsah pucuk jering di cari sbb aku nk letak kt leher ank sebab ada ruam. Kalau bahasa Kelantan org kte 'birin'. Slalu letak tepung kanji tp letak tepung pn xjd. almaklumlh sbb cuaca panas ank mudah berpeluh.. Nk2 lak leher dia berlipat. Ikut papa ktenya :). Time ujan pun leh berpeluh. Mama n papa tido dlm toto sbb xtahan sejuk. Tutup kipaskn ada yg berpeluh. Sabau jelah.
 
        Sian Pya asik merenget je sbb pedih. Aku tahu guna pucuk jering wt ubat sbb ms dlm pantang dia slalu kena. Coz bila susu botol dia xbrape pandai control mulut slalunya meleleh kena leher dia. Tu yang senang melecet. Bila letak daun tu cpt je ruam tu kering. Dlm pantang dulu duk kg senang nk dpt. Kat Bandar alahai susahnya.
 
 
        Ari sabtu 22.11 terperasan leher dia dh melecet teruk. patutlh asik merengek je. Semua xkena.Try tnya kwn2 sedara kot2 area umah ada pokok jering.  Mana nk ada. HUhu. Nasib bek abag ipar keja dia slalu travel. Dia lah tolong intai2 ada pokok jering yg ada pucuknya. Alhamdulillah jumpa.
 
        Hari Ahad abg ipar keja dia nmpk pokok jering tu, So ambilah wt blk. Kul 6 g umah abg ipar ambik pucuk tu trs letak kt leher. Pg esoknya nmpk dh kurang sket. Pesan kt pengasuh gak nati letak pucuk tu kt leher dia. Sekarang dh ok.
 
        22/11/2014 setahun yg lepas Pya 6 mingu dlm rahim mama. Now Pya dh 4 bulan 5 hari. Cepat ms berlalu. Dan dh 5 tahun usia perkahwinan kami ;)
 
        Alhamdulillah mcm2 suka duka dh lalui. Hope mkin mematangkan pemikiran kami dan mengeratkn lg hubungan kami. Amin
 
        2 hari lepas cuti sbb jg Pya. Pengasuh Pya cuti. Rini tak smpi ofis dh rindu. NK2 lak bdn dia mcm pns td. Jgn demam ye Dik.  Sian Adk sbb smlm g soping satu hari. Msti dia penat. Huhu. Wekend ni kita duk umah je ya. (Bolehke mamanya) HikHik
 
 
      ALISHA SAFIYA = WANITA YANG DILINDUNGI ALLAH.  Semoga membesar dengan sihat. Jadilah umat yg taat pd Pencipta, Ikut sunah Nabi Muhammad saw. Anak yang mendengar kata dan sentiasa sabar dlm apa jua keadaan. Sesungguhnya kehadiran Adik dalam hidup mama dan papa satu rahmat yang tak terhingga.
 
Terima kasih Ya Allah di atas anugerah ini.
 

Monday, 27 October 2014

ALISHA SAFIYA MOHD NOOR ASHIKIN

        Alhamdulillah syukur padaMU di atas anugerah terindah ini. 21 Julai 2014 3.45 pm lahirnya puteri kami yang ditunggu2 selama ini. Terima kasih Allah kerana permudahkan segalanya.

       20 Julai 2014 last checkup n wat CTG. Bila kuar result xcantik so doc suggest induce. Aku terima seadanya walaupun selalu dengar org cerita induce lg sakit dari sakit bersalin normal. Yang penting mama xsabar2 nk jumpa adik :)

      8.30 pg gerak dari rumah ke Hospital Pakar Perdana Kota Bharu.
      10.00 pg start induce. Doc ckp may b after terawih bersalin.
      11.00 pg dh start rs mcm sengugut. Aku bila period sakitnya lengkap (sakit yang teramat kat perut, cirit birit n muntah ) tp rs kesakitan ni tak sama mcm sengugut.skitnya biasa sj.
      12.00 tgh hantar ke wad untuk tunggu.B4 g wad dh check in kt toilet.
      1.00 ptg skit mkin kerap.dh tak lalu mkn.mkn ns sket pas muntah.huhu.
      2.30 ptg ms dh rs mcm air ketuban kluar. so panggil nurse.disebabkan ni ank sulung nurse tu kte ni show je. Lmbt lg nk bersalin.pas tu minum petang dihantar. Mkn kuih utk alas perut. ms ni skt mcm 3 saat sekali tp still ada slera nk mkn. sedap plok apam kukus tu.heheh.
      3.00 ptg terasa nk kencing sesgt bgn je dr katil terasa laju air meleleh kt kaki. Husband ckp campur ngan darah skali.dia nk pangil nurse aku tak bagi.huhu. still bertahan lg :). berusaha gigih jln g toilet.nasib toilet sblh je.pas je kencing tu rs skt sgt2.huhu smpi berlutut kt dlm toilet. ms ni doc smpi nk cek jln.bila doc cek jln dia kte dh 7cm trs tolak ke LR.ms nk trun katil tu rs baby nk kuar sesgt2. Allah je yg tahu aku tahan xbg bby kuar g.rs mcm kepala dh bwh sgt.ms ni hanya ungkapan Allahuakbar yg kuar dari mulut. smpi LR ms nk naik katil aku ckp kt hubby"angkat2 xleh naik" coz rs kpla  bby dh kuar.nek katil aku duk mengiring smbil pegang husband n tahan xbg bby kuar lg coz nurse n doc xsiap pkai uniform g.ms nilah org perlu membantu.aku dh xingt pe2 melainkan ungkapan Allahuakbar yg kuar. ms ni hubby ajar tarik n tahan nafas.so aku blh control rs nk push tuh.huhu. 

      Bila doc dh ready dia suh aku baiki posisi n nurse suh pegang kaki. Disebabkan otak aku tak berapa nk focus aku g pegang paha n nurse betulkan tgn letak kt kaki.huhu.bila ingt blk nk gelak ase.paha n buku lali boleh lupe.heheh. doc ckp if rs nk push, push je.abis je doc ckp rs nk push sgt2. so aku pn berusaha dgn gigihnya. 3 kali push lahirnya zuriat kami tepat jam 3.45 ptg dengan berat 2.25 kg.

    Inilah pengalaman yg cukup indah dan kesakitan yg aku alami tak seperti aku dgr.Tp xtaulh lain org lain pengalamannya. Bersalin pada aku tak sakit even ms contraction tu pun sbb aku rs segugut aku lg sakit.huhu.

    Arini genap usia adik 100 hari. Hope pengalaman ini akan berulang lg. Seandaiya ada rezeki lg utk kami dlm ms terdekat kami terima dengan rela hati :) sbb kami tak nk gap lama.

   

Alisha Safiya 45 minit 2.25 kg






Alisha Safiya 1 hari



 
Alisha Safiya 3 bulan

Monday, 24 March 2014

Misi Mencari Buah Kundang

23 Mac 2014

Akhirnya dapat gak makan buah kundang yang belum masak.Hehehe. Hubby dah jumpa buah tu sbb umah mak mertua kwn dia ada pokok tu. So kwn dia bgtau kt mak mertua dia hubby nk buah kundang tu sbb wife dia mengidam. Dapatlah dlm 10 biji. Nikmatnya bila dapat mkn tu. Balik ofis jap g sambg mkn g. Ada balance 5 biji g.
 
Sblm ni ada g beli kt kedai yang dah masak. Sbb kebanyakkan orng ckp skrng kt sini belum musim g. bln 6 baru ada. Yang masak semuannya dari negera sebelah. Beli gak yang masak. Buah ilang rs mengidam tu. Tp mkn 2 biji xnk coz xsdp. Lgpun sblm  ni mmg xsuka yg dh msk. Mmg suka yg masam2. Selebihnya hubby yg habiskan. Semua mmb2 hubby yg tahu hubby tgh cr buah tu maklumkn kt kedai ni ada jual., kedai tu ada jual. tp kebanyakkannya yg dh msk. bby xnk yg msk nk yang putik.demand tul.hehe
 
Semlam bgn je tidur teringin nk mkn agar2 merah so smlm buat sndri.Pas letak dlm peti ais.Hope sdp.Hehe. Kalau xsdp nampknya hubbylh kena habiskan :)
 
Sekarang dh 23 weeks + 1day. 4 bln g. Bby elok2 ye kt dlm. Membesar dengan sihat. Nanti jd anak yg solehah, yg mendengar kata ya :)
 
Alhamdullilah syukur kehadratmu Ya Allah. Bila pandang perut yg makin membesar dan lg bila dpt rs gerakan di dalamnya. Allah besarnya nikmat yg kau berikan padaku. Terima Kasih Ya Allah kerana memberikan aku merasai nikmat ini. Ingatkan aku takkan rs mcmana teruknya alahan, mcmana keadaan bila perut mkin membesar dan merasai gerakan2 di dalam Rahim. Sungguh aku tak menyangka Kau memberi peluang ini padaku. Terima Kasih Ya Allah di atas kurniaan yang tak terhingga yang Kau berikan ini. In sya Allah, kami akan mendidiknya dengan sebaik mungkin. Menjadi manusia yang taat pada perintahmu dan menjadikan Nabi Muhammad s.a.w idolanya. Amin
 
Mama sayang baby. Papa sayang baby. Kami semua sayang baby sangat2. Tak sabar nk jumpa baby :)
 
 

Wednesday, 26 February 2014

19 Minggu 4 Hari

Alhamdulillah hampir 5 bln kandunganku. Moga Allah memberkatiku dan permudahkan segala urusan. Amin Alahan semakin beransur dan berat makin bertambah. Sekarang dh 47 setelah 2 bulan 46 je. Merah dah buku merahku. HB sebelum ni 12.5 now 11 dh. Inform O&G then doc tukar vitamin. Dari Ganilia ke Iberete 500 utk ibu dan neurogain utk baby. Coz ganilia vitamin utk maintainkan HB sblm ni.bila dah trun kena tukar vitamin. If HB dah ok continue Ganilia balik. Last scan 22.02.14. Baby xtif sgt2 so gambar scan xdpt yg cantik. Jantina pn xleh tgk. Tp doc ckp dia dh boleh agak 'gegurl'. Hehe. Next appmt 29.03.14 lak. Hope ms ni dh clear n baby bg post yg cantik deh. Heheh. Doc ckp uri kat atas n kandungan air sesuai utk baby. Overall xde masalah. Hope xde pe2 masalah akan timbul nanti. Air gula? HUHUHU. Tu yang aku cuba hindarkan. IF Government jika berat naik mendadak kena minum kalau xde pe masalah xyah minum. BUT KSJ suh minum gak bila dah 28 weeks. Reason? Sbb dah 30 an n xpernah pregnant sblm ni walaupun family xde yang kencing manis. Minum pun minumlah. Hope tak termuntahlah. Bh kerr? Wait n c. Hehehe Baby bumps? Xnampak sgt coz bdn kecik. Bila ckp 5bln org xcy coz kecik.Xkisahlah jnji baby sihat n baik2 kt dalam tu ye. Pembawakan? Yes rasa gak. Abis kaki n lengan gatal2. Mula2 nmpk kaki n tgn mengelupas je. Ingatkan xcukup air. Lagipun mmg kulit jenis kering. Lama2 rs gatal. Uish mlm2 best giler garu smpi berparut2 huhu. Perut? Terkena sama. Kali pertama garu xsdr lg. Bila ms kali ketiga br trsdr tgh garu perut. Cpt2 gsk je kt tmpat gatal.Hik2. Lepas tu terus potong kuku bia pendek n mlm2 tido pakai sarung tangan.Kaki n tangan sapu minyak cap kapak n perut sapu minyak kelapa dara. Kurang sikit gatalnya. Ajaib bin musykil bila bgn pagi tgk2 sarung tangan xde. Aik? Bila ms aku tanggalkn sarung tgn tu.Huhu.Blh lak dlm xsdr wt xtvt tanggalkan sarung tgn.Huhu. Bila sdr tgh2 mlm tgk sarung tgn dh xde cr n pakai balik. Dah msk 5bln, gatal dh xde. Minyak kelapa dara still sapu lg pd perut. Tp kdg2 lupa gak nk sapu. Now dh blh msk. Mkn pun byk. Kalu dulu ms alahan slalu beli kedai sbb xleh nk msk. Bila beli kedai xpernah mkn abis. Msti membazir.xkena slera ktenya. So husband akn beli satu je. Aku tak abis, dialah yang habiskan. Blh tgk perut kitaorg sama naik je.Hehe. Sbb dia jd majlis perbandaran azlida.Hihi. Bila dh msk ni jimatlh sikit. Kalu tak ujung bln dh lps hidung dh, bkn paras2 hidung lg.huhu. Apapun terima kasih pada suamiku. Tak penah hampakan jika ada request dari 'baby' nak mkn apa2 :) tq.Aritu nk mkn manga muda,kundang n durian.skrg kt kuantan pokok mangganya br berbunga.kundang lak bukan musim g.mmg ssh nk cari. 7.2.14 hubby ada prog kt kltn. so ambik cuti ikut gak.kira blk kglh. On the way blk singgah pasar Tanah Merah dengan harapan agar buah kundang muda ada walaupun tau bukan musim gak. Kundangnya ngak ada tp 'MANGGA MUDA' banyak sgt. Oh tercapai gak. Belilah dlm 8 biji tanpa bertanya harganya. Bila dah timbang n nak bayr harganya RM7. Uih mahalnya. Rupa2nya 1/2 kg RM4. Kalau sekilo RM 8. Kt kg pokok manga br berbunga. Tp Alhamdulillah dpt dh yg diidamkan.Mangga n durian. Nasib kt kuantan ni ada org jual durian. Tinggal kundang muda je blm dapat lg. Hope b4 bersalin dapat cari. In sya Allah.

Sunday, 8 December 2013

7 Minggu 4 Hari

Betullah yang selalu aku dengar, nak dapatkan sesuatu dari Allah s.w.t bukan senang. Setiap umatnya akan diuji agar lebih menghargai apa yang dikurnikan oleh Nya.

7 minggu 4 hari usia kandunganku. Ms awal2 alahan tak sangat. nk mkn pun senang.suma blh masuk cuma xleh masak je.bab goring mengoreng suamiku yang buat. Susu pun blh minum. Tapi sekarang msk je nk muntah.huhu.

Ibu2 hamil ni memang kena byk sabar. Sabar untuk segala-galanya yang ada di sekeliling.huhu Dah lh tak larat je badan ni, selera makan xde lak.huh.

Semenjak dua menjak ni sensitip benar plok diri ini. Dh lah memang jenis mudah terasa.huhu. Hubby lak ssh nk membantu. Kalau ckp serba tak kena lak. Tghari sabtu lps mkn suh clearkan sinki tp tak wat. Mlm lak dia g tambah dlm sinki.huhu. Penat2 pun bersihkan juga sinki tu. Setakat clearkan sinki blh lah. Lap2 dapur mmg tak larat dh.huhu. Pas wt bihun grg utk mkn mlm semlm, dlm hati berharap after hubby mkn sebiji pinggan tu hubby bshlah. Tapi sangkaan ku melesit. Bangun pagi ni ada dlm sinki.huhu.

So dari situ aku dapat idea. In sya allah aku akan ajar anakku utk rajin buat kerja umah. Senang apa2 hal. Baju kotor letak tempat disediakan, pinggan n cawan lps guna bsh terus.Jgn tangguh2. At least dah kurangkan sket kerja aku nk kena wat.

Sunday, 24 November 2013

22 November 2013

Rezeki kami hadir jua.

Terima kasih Ya Allah. Moga rezeki ini kekal untuk kami. Amin

Setelah 8 hari delay period, aku tawakal utk cek guna upt. Sblm ni penah wt tp hasilnya mengecewakan. Smpi kt umah trs start xperiment. Lama g nk tngu hasil. Berdebar hanya Allah swt yg tahun. after beberapa minit hasilnya amat mengembirakan, Alhamdullillah. Allah Maha Kaya Maha Pendengar. Dia makbulkan doa kami.

Syukur ke hadratMu ya Allah di atas rezeki yang kau berikan. Aku selalu ckp "Ya Allah kayaNya engkau, berikanlah sedikit kekayaanMu itu padaku" Allah Maha Pendengar Maha Penyayang  Maha Mengabulkan. Kau kabulkan doa kami. Terima kasih ya Allah di atas kurniaanMu ini. Moga kurniaanMu ini milik kami. Amin

Bila bgtau hubby result UPT tu dia pun gembira katanya 'Lama dah tunggu", Akhirnya sampai jua pada kami. Hubby siap pesan jg mkn jgn mkn yg tajam2 sb ms ni hubby kt KL ada kursus.

Hubby ckp nk g klinik gak untuk sahkan. So mlm ni br nk g klinik. Harap hasil UPT sama dengan klinik :) Amin

Terima kasih Ya ALLAH untuk hadiah ulang tahun kami yang ke-4